GAMBARAN MASYARAKAT ISTANA DALAM HIKAYAT USUL MUJALIS PERDANA HALAM
Abstract
ABSTRAK
Kertas kerja ini membincangkan tentang gambaran masyarakat Melayu lama yang banyak sekali terdapat dalam hasil kesusasteraan Melayu tradisional. Naskhah yang digunakan dalam kertas kerja ini ialah naskhah Hikayat Usul Mujalis Perdana Halam. yang tersimpan di Perpustakaan Negara Malaysia dalam bentuk manuskrip bernombor panggilan MSS2241. Naskhah ini banyak didominasi kisah-kisah penceritaan golongan pemerintah, yang berkisar tentang bagaimana kehidupan seharian golongangolongan bangsawan di istana. Naskhah ini turut menggambarkan aspek sosial dan budaya dalam kalangan golongan istana pada zaman lampau. Pendekatan sosiologi digunakan dalam membincangkan maklumat yang terdapat di dalam naskhah. Hasil kajian mendapati terdapat banyak gambaran masyarakat istana di dalam naskhah Hikayat Usul Mujalis Perdana Halam. Antaranya ialah nilai kasih sayang dalam institusi kekeluargaan, adat dan amalan golongan diraja, pengamalan unsur magis, kepercayaan kewujudan makhluk ghaib, amalan bersedekah, alat komunikasi serta amalan makan sireh (bersireh) dalam kalangan masyarakat dahulu khususnya golongan istana. Adalah diharapkan agar kajian ini dapat dijadikan sebagai satu sumber untuk mendapatkan gambaran kehidupan masyarakat istana.
Kata Kunci: Adat; amalan; budaya; golongan pemerintah; masyarakat istana
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.