TRANSFORMASI STRUKTUR DALAM PERSEMBAHAN ULIK MAYANG

NURUL AIN BINTI HASSAN, MUAMMAR GHADDAFI HANAFIAH

Abstract


ABSTRAK

Makalah ini membincangkan aspek transformasi dalam persembahan Ulik Mayang. Ulik Mayang tradisi telah mengalami pelbagai perubahan dari sudut struktur persembahan. Objektif kajian ini adalah menjelaskan bentuk asal persembahan Ulik Mayang untuk mengenal pasti unsur baharu dalam persembahan tersebut pada masa kini serta aspek-aspek transformasi yang dilalui. Kajian ini menggunakan metodologi kualitatif yang melibatkan kaedah perpustakaan dan kajian lapangan seperti temu bual berfokus serta rakaman persembahan Ulik Mayang oleh kumpulan Sukira di Terengganu. Data yang dikumpulkan dianalisis menggunakan konsep transformasi untuk mengupas bentuk perubahan persembahan Ulik Mayang dari sudut upacara, peralatan, alat muzik dan kostum. Hasil analisis mendapati berlaku transformasi terhadap struktur persembahan Ulik Mayang iaitu pembuangan unsur pemujaan dan mantera, pembentukan gimik, serta penggunaan props, alat muzik, dan kostum yang lebih bersifat moden. Faktor perkembangan Islam yang merubah corak kehidupan masyarakat telah menjadikan masyarakat amat kreatif dan mempunyai daya cipta yang tinggi dalam mengadaptasi persembahan tradisi kepada sebuah persembahan Ulik Mayang yang relevan serta sesuai dengan perkembangan modenisasi. Transformasi tersebut memastikan kelangsungan warisan kebudayaan ini untuk tatapan generasi seterusnya.

Kata Kunci: Budaya; Melayu; persembahan; transformasi; Ulik Mayang


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.