REALISASI KONTRAS PENYUARAAN BUNYI PLOSIF AWAL KATA DIALEK MELAYU PATANI LENGGONG

NORHANIZA ABDUL KHAIRI, SHAHIDI A.H, RAHIM AMAN

Abstract


ABSTRAK

Kajian ini merupakan kesinambungan usaha pengkaji terdahulu yang telah mengkaji realisasi kontras penyuaraan bunyi plosif Bahasa Melayu. dialek Melayu Patani Lenggong (dMPL) dipilih sebagai fokus kajian kerana varian ini sangat kurang dikaji secara instrumental. Perbincangan bertumpu kepada hasil analisis realisasi kontras penyuaraan bunyi plosif /p,b,t,d,k,/ di awal kata yang terkandung dalam pertuturan dua orang informan berlainan jantina yang berasal dari Kg. Luat, Lenggong di Perak. Data pertuturan informan dirakam dan dianalisis menggunakan perisian Praat dipaparkan dalam bentuk rajah spektrogram. Kajian ini menunjukkan bahawa dMPL memiliki bunyi plosif tak bersuara bercirikan penyuaraan tertunda singkat (SVL) dan bunyi plosif bersuara bercirikan penyuaraan awalan (VLd). Hasil dapatan turut menunjukkan bahawa pola realisasi kontras penyuaraan dMPL adalah bersamaan dengan dapatan kajian lepas berkaitan akustik varian bahasa Melayu. Kajian realisasi kontras penyuaraan bunyi plosif di awal kata dMPL ini merupakan sebuah kajian rintis yang mampu dimanfaatkan bagi membina sebuah kajian yang lebih berwibawa. Kajian lanjut wajar melibatkan lebih banyak penanda akustik, di samping membandingkannya dengan faktor-faktor sosial dalam penghasilan bunyi plosif penutur dialek Melayu Patani di kawasan yang lebih luas cakupannya, iaitu daerah Hulu Perak.

Kata Kunci: Analisis spektrograf; dialek Melayu Patani; fonetik akustik; kontras penyuaraan; bunyi plosif


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.