LAKUAN BAHASA KOMPLEN: MANIFESTASI DAN ISTILAH-ISTILAHNYA DALAM KOMUNITI BAHASA MELAYU
Abstract
Komunikasi seharian dalam sesuatu komuniti bahasa melibatkan berbagai interaksi yang 
melibatkan penggunaan berbagai lakuan bahasa yang berlainan dari segi kategori dan 
fungsinya. Kajian-kajian lakuan-bahasa dilakukan untuk menentukan norma-norma 
perlakuannya samada merentas bahasa dan budaya atau spesifik kepada sesuatu bahasa 
dan budaya. Kertas kerja ini membincangkan berbagai cara orang-orang Melayu 
menyatakan rasa tidak puas hati mereka terhadap sesuatu atau seseorang, dan beberapa 
istilah yang merupakan kata-rujuk untuk cara-cara tersebut. Perbincangan dalam kertas 
kerja ini berasaskan satu kajian berkenaan lakuan bahasa KOMPLEN dalam bahasa 
Melayu oleh sebuah komuniti bahasa Melayu di Semenanjung Malaysia. Antara dapatan 
yang dibincangkan adalah jenis-jenis KOMPLEN dan ciri-ciri linguistik dan sosiolinguistik 
KOMPLEN dalam komuniti bahasa Melayu
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.
