Protes dalam Masyarakat di Alam Melayu Sebelum Merdeka: Analisis Terhadap Beberapa Novel Terpilih

CHE ABDULLAH CHE YA

Abstract


Makalah ini menganalisis pemikiran protes di kalangan masyarakat watan di Malaysia, Indonesia dan Brunei pada zaman sebelum merdeka berasaskan beberapa buah novel-novel terpilih pada era berkenaan. Rujukan diasaskan kepada beberapa buah novel yang mendapat tempat di kalangan masyarakat di negara-negara berkenaan pada era tersebut. Penulisan ini menggunakan pendekatan struktural atau formalistik. Didapati secara amnya para pengarang pada zaman tersebut mempunyai kecenderungan untuk mengenengahkan pemikiran protes melalui tema-tema percintaan, kahwin paksa, emansipasi wanita, pertembungan budaya dan nasionalisme.

Kata Kunci: Protes, Protes sosial, Emansipasi wanita, Adat, Penjajahan


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.