Pengiklanan Islami: Penjanaan Konsep dan Pelaksanaan

MOHD HELMI ABD RAHIM

Abstract


Makalah ini berusaha mengkonseptualisasi prinsip-prinsip pengiklanan Islami di Malaysia berasaskan Al-Qur’an dan Al-Hadis. Bahan-bahan mengenai senario pengiklanan di Malaysia adalah terdiri daripada pengalaman peribadi penulis sendiri sejak 10 tahun yang lalu. Kajian ini mendapati semacam prasyarat untuk memungkinkan pengiklanan Islami dapat direalisasikan dengan terlebih dahulu mewujudkan para pemain Melayu dalam sektor ekonomi baik sebagai pengusaha, pedagang mahupun peniaga. Ini kerana hanya dengan wujudnya kumpulan ini yang dapat diharapkan untuk merealisasikannya. Walaupun pengiklanan Islami tidak banyak berbeza daripada pengiklanan konvensional namun ia hanya dapat dimanifestasikan hanya apabila adanya komitmen mendalam terhadap ajaran Islam yang mana ini tidak wujud di kalangan bukan-Muslim.

Kata Kunci: Komunikasi, pengiklanan, Islami, Pengguna dan Industri


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.