Model Analisis Aras Soalan Kognitif: Kajian Terhadap Buku Teks Bahasa Melayu Sekolah Menengah Atas
Abstract
Makalah menganalisis kompleksiti soalan dalam media pengajaran iaitu buku teks Bahasa Melayu. Rujukan adalah laporan rasmi dan data di lapangan. Didapati sistem pendidikan Malaysia masih gagal menyediakan minda pelajar ke arah kepelbagaian tahap berfikir, malah pemikiran pelajar masih terhad pada skop pertanyaan yang stereotaip. Input binaan soalan dalam bahan kurikulum di negara ini memerlukan peningkatan ke arah kandungan kompleksiti soalan yang lebih mencabar minda pelajar serta menjamin kualiti input kurikulum ke tahap yang membanggakan.
Kata Kunci: Soalan kognitif, Tahap Literal, Tahap Inferensi, Tahap Penilaian dan Tahap Penghayatan
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.