Mak Long Teh Guest House, Cherating: Di Sebalik Legenda Pengasasan Program Rumah-inapan di Malaysia
Abstract
Makalah ini menyorot perkembangan Mak Long Teh Guest House di Cherating yang tidak begitu diperhatikan oleh para pengkaji. Tajuk ini penting kerana rumah-inapan ini bukan sahaja merupakan keusahawanan pelancongan pertama yang pernah dijalankan di Cherating tetapi juga merupakan antara perintis terawal pembangunan rumah-inap di negara ini. Makalah ini adalah satu diskripsi tentang bagaimana berlakunya penglibatan masyarakat tempatan, seperti Mak Long Teh, terlibat dalam industri pelancongan dengan menjalankan keusahawanan kecil dan apakah faktor dalaman dan luar yang mendorong mereka untuk terlibat dalam sektor ini. Bahan penulisan makalah ini adalah maklumat yang diberikan oleh orang-orang yang terlibat secara langsung dengan keusahawanan tersebut, terutama anak-anak Mak Teh Long sendiri. Di samping itu, data dikutip daripada pengamatan lapangan dan sebahagian daripadanya diperoleh dari dokumen- dokumen rasmi kerajaan. Kajian ini memperlihatkan impak daripada keusahawanan besar di tempat tersebut yang meruntuhkan keusahawanan kecil tempatan sebagaimana dialami oleh rumah-inapan ini.
Kata Kunci: Rumah-inapan, Perancangan Kerajaan, Layan tamu, Back-packers dan Promosi
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.