Perkaitan Semantik Kata Kerja Bahasa Banjar Kuala: Satu Analisis Varian Kuin, Banjarmasin
Abstract
Makalah ini meneliti perkaitan semantik kata kerja dalam varian Kuin, Bahasa Banjar. Data dikutip di lapangan iaitu di Kabupaten Tapin, Hulu Sungai Selatan, Hulu Sungai Tengah, Hulu Sungai Utara [dan Balangan] dan Tabalong, Banjarmasin, Indonesia. Didapati dalam bahasa tersebut, kata kerja yang mempunyai cebisan semantik yang sama boleh diungkapkan dalam kata kerja yang berbeza. Misalnya kata kerja seperti berlari, berjalan dan merangkak berkongsikan cebisan semantik yang sama iaitu cara gerak. Walau bagaimanapun, setiap kata ini mempunyai ciri semantik tambahan iaitu berlari [+laju], berjalan [-laju] dan merangkak [+lutut] yang membezakan setiap perlakuan yang diterangkan oleh kata kerja tersebut. Untuk melihat cebisan makna bagi sesuatu kata kerja, makalah ini menggunakan analisis komponen makna. Item-item dalam satu medan makna akan dianalisis menggunakan fitur [±] bagi memperlihatkan ciri yang berkontras dan juga bersamaan.
Kata kunci: perkaitan semantik, kata kerja, bahasa Banjar, komponen makna
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.