Kata kerja transitif bahasa Mendriq: Kerangka Program Minimalis
Abstract
Makalah ini membuat analisis tentang sintaksis yang membentuk frasa kerja dalam bahasa Mendriq, sebuah bahasa orang Asli yang digolongkan sebagai rumpun Austroasiatik) di Kuala Lah, Gua Musang, Kelantan(antan. Bahasa ini sedang mengalami kepupusan. Data dikutip daripada kajian lapangan yang melibatkan 2 orang informan dan seorang penterjemah di tempat tersebut. Data dianalisis menggunakan kerangka atau Program Minimalist (PM). Berdasarkan hasil analisis yang telah dilakukan makalah ini mengandaikan bahasa Mendriq mempunyai fitur kala kini sebagai asas dalam setiap ayatnya kerana ketiadaan kata bantu aspek sebelum kata kerjanya. Kata kerja dalam bahasa ini hadir dalam bentuk tunggal tanpa morfem. Setiap ayat dalam semua bahasa mempunyai kata kerja sama ada secara nyata ataupun tidak. Selain itu, kata kerja boleh diandaikan sebagai sebuah nukleus yang mengawal dan memberikan interpretasi kepada sesuatu ayat itu. Analisis ini juga mendapati bahawa kesemua kata kerja tersebut adalah kata kerja transitif yang memiliki fitur kala kini dalam ayatnya.
Kata Kunci: Mendriq, kata kerja, transitif, frasa kerja, dan Program Minimalis
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.