Pemerkasaan Jati Diri Bahasa Melayu: Isu Penyerapan Kata Asing (Empowerment and Con guration Malay Language Identity: In ltration of Foreign Vocabularies Issue)
Abstract
Makalah ini menganalisis beberapa implikasi daripada penyerapan kata asing dalam proses pemerkasaan jati diri bahasa Melayu. Sumber analisis meliputi beberapa buah kamus terkenal dan pengucapan lazim dalam kehidupan harian. Dihujahkan bahawa penyerapan kata asing bukan sekadar membawa masuk leksikal baru tetapi disertai dengan sistem nahunya yang sekali gus menyebabkan berlakunya pertembungan antara sistem linguistik bahasa sumber dengan sistem linguistik bahasa sasaran. Akan dijelaskan proses tersebut menimbulkan dua dikotomi iaitu sama ada (i) kata asing itu mengalami perubahan dan penyesuaian untuk mematuhi sistem bahasa sasaran, atau (ii) kata asing itu mengekalkan bentuk asalnya lalu membawa masuk ciri baru yang melanggari sistem linguistik bahasa sasaran. Makalah ini memberi tumpuan terhadap bagaimana dikonomi begini telah berlaku dalam aspek fonologi (sistem bunyi) bahasa Melayu dengan melihatnya secara retrospektif. Akan disentuh juga aspek morfologi (sistem pembinaan kata) dan sintaksis (sistem pembinaan ayat).
Kata Kunci: Penyerapan, kata asing, pemerkasaan, perubahan dan jati diri
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.