Sikap Bahasa dan Identiti: Kajian Kes Masyarakat Narum, Sarawak

SA’ADIAH MAT ALIP

Abstract


Makalah ini meninjau hubungan antara bahasa (atau lebih tepat dialek) dengan identiti berasaskan data yang dikutip dari komuniti Narum, Sarawak. Sumber-sumber tinjauan adalah data yang dikutip secara langsung dari kerja lapangan dalam kalangan komuniti berkenaan. Didapati kebanyakan anggota penutur bahasa tersebut merasakan mereka menyintai bahasa mereka, tetapi dalam realitinya mereka tidak begitu. Ini dapat dilihat pada sikap afektif mereka.Tinjauan ini menegaskan bahawa kecintaan mereka terhadap bahasa hanyalah dalam bentuk imaginasi. Malah, terdapat kecenderungan dalam kalangan mereka yang sudah hilang keyakinan terhadap bahasa ibunda sendiri. Terdapat perbezaan ketara antara sikap imaginari daripada sikap afektif. Tinjauan ini mendapati hubungan signifikan antara bahasa dengan identiti lebih ketara pada sikap afektif, bukannya pada sikap imaginari.

Kata Kunci: Sikap imaginari, sikap afektif, identiti, participasi dan keyakinan.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.