ETNOSENTRISME MELAYU DALAM SULATUS SALATIN (MALAY ETHNOCENTRISM IN SULALATUS SALATIN)

ZUBIR IDRIS

Abstract


Kajian ini membincangkan tentang etnosentrisme dalam teks historiografi Melayu tradisional, Sulatus Salatin. Etnosentrisme di sini merujuk kepada riak-riak penentangan awal masyarakat peribumi terhadap penjajah sebelum zaman kolonial. Melalui cara pengolahan pengarang, pembentukan konsep etnosentrisme Melayu cuba dikesan dalam karya mereka. Sebagai kerangka konseptual, kajian memanfaatkan idea William Graham Sumner yang mendefinisikan etnosentrisme sebagai kecenderungan melihat serta menilai kebudayaan sendiri lebih tinggi daripada kebudayaan orang lain. Untuk merungkai teks, kajian memanfaatkan analisis intrinsik. Hal ini bermaksud, kajian meneliti aspek tema dan persoalannya, kekuatan kebahasaan seperti penggunaan metafora, perbandingan, perlambangan serta pemilihan diksi, dan bagaimana perkara-perkara tersebut diaplikasikan oleh pengarang silam bagi menggambarkan etnosentrisme etnik Melayu khususnya di Melaka. Selain itu, juga dilihat tujuan teks dikarang, seperti yang tersulam dalam Sulatus Salatin. Berdasarkan aspek penulisan, hasil kajian mendapati pengarang teks telah memanfaatkan metafora, hiperbola, perbandingan serta perlambangan yang tertentu untuk mengangkat dan meletakkan etnik Melayu secara umumnya, dan masyarakat Melayu Melaka khususnya pada kedudukan yang tinggi dan mengatasi etnik seteru. Kecenderungan menilai etnik sendiri lebih hebat daripada etnik lain, jelas merupakan strategi dalam menyerlahkan etnosentrisme Melayu dalam teks yang dikaji.

Kata Kunci: etnosentrisme, intrinsik, metafora, hiperbola dan bandingan


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.