DINAR EMAS SEBAGAI MATA WANG DAN KOMODITI DI BEBERAPA NEGARA TERPILIH (GOLD DINAR AS A CURRENCY AND COMMODITY IN SELECTED COUNTRIES)

SALMY EDAWATI YAACOB, MOHD AL ADIB SAMURI, MOHD IZHAR ARIF MOHD KASHIM, EZAD AZRAAI JAMSARI, MOHAMAD ZULFAZDLEE ABUL HASSAN ASHARI

Abstract


Dinar emas merupakan mekanisme alternatif yang dicadangkan oleh ahli-ahli ekonomi dunia sebagai penyelesaian kepada krisis mata wang global. Justeru, kajian ini bertujuan untuk menilai realiti semasa penggunaan dinar emas pada masa kini, di samping meneliti pengaplikasian dinar emas ini di negara-negara yang memanfaatkan dinar emas seperti Malaysia, Indonesia, Emiriah Arab Bersatu (Dubai), United Kingdom (Norwich) dan Afrika Selatan (Cape Town). Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif menerusi analisis kandungan. Hasil kajian ini menunjukkan terdapat pelbagai bentuk pengaplikasian dinar emas di negara-negara di atas, sama ada ia digunakan sebagai mata wang atau komoditi. Penggunaannya dalam aspek mata wang ialah seperti transaksi pembayaran secara fizikal dan elektronik (e-dinar) serta pembayaran zakat. Manakala penggunaan dinar emas dalam aspek komoditi dilaksanakan dalam bentuk pelaburan, simpanan (wadiah), urusan haji, pemberian cenderamata dan juga dijadikan sebagai hantaran perkahwinan. Kajian ini amat releven kerana ia dapat memenuhi keperluan umat Islam untuk kembali kepada penggunaan dinar emas. Namun demikian, realiti semasa memperlihatkan penggunaan dinar emas adalah lebih sesuai diaplikasikan dalam bentuk komoditi berbanding mata wang. Kajian lanjutan boleh dilakukan dengan meneliti kekangan dan halangan dalam sesebuah negara bagi mengaplikasikan dinar emas sebagai mata wang. Dengan demikian, keharmonian sistem kewangan Islam dapat direalisasikan.

Kata kunci: Dinar emas, emas sebagai komoditi, mata wang, emas sebagai mata wang


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.