AYAT TANYA KANAK-KANAK BERUSIA 2 TAHUN: SATU TINJAUAN AWAL INTEROGATIVE SENTENCE: OF CHILDREN AGED 2 YEARS

MARZALINA BINTI MANSOR

Abstract


Makalah ini adalah tinjauan awal terhadap ayat tanya kanak-kanak pada peringkat umur dua tahun (2+). Tinjauan awal ini adalah bertujuan untuk melaporkan tentang bentuk-bentuk ayat tanya Melayu yang dihasilkan. Tumpuan kepada ayat tanya dilakukan kerana bentuk ayat tanya kanak-kanak tidak banyak dibincangkan oleh pengkaji- pengkaji tempatan. Selain itu, pemahaman ayat tanya kanak-kanak penting supaya orang dewasa dapat memenuhi kehendak dan keinginan kanak-kanak. Didapati kanak-kanak pada peringkat umur ini lebih dominan dengan penggunaan ayat tanya tanpa kata tanya. Sementara penggunaan ayat tanya dengan ganti nama tanya ‘apa’ dan ‘mana’ digunakan oleh kanak-kanak dua tahun dengan bentuk dasar dan ada ketika penggunaannya lebih bervariasi. Selain itu, dapatan kajian juga menunjukkan bahawa kanak-kanak pada usia dua tahun ini gemar menggunakan ayat tanya tertutup, iaitu pertanyaan dengan menggunakan kata ‘boleh’.

Kata kunci: Ayat tanya kanak-kanak, ganti nama tanya ‘apa’ dan ‘mana’.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.