Bahasa Tranformasi Modal Insan dalam Ucapan Najib Razak

Rohaidah Haron

Abstract


Makalah ini meninjau kandungan umum ucapan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib bin Abdul Razak. Kajian ini memanfaatkan ucapan Najib Razak dalam Perhimpunan Agung UMNO dari tahun 2004 hingga 2009 sebagai data kajian. Didapati dalam ucapan Najib Razak sentiasa terdapat metawacana peribahasa untuk memberi nasihat, teguran, dan peringatan terhadap kelemahan dan kepincangan yang berlaku dalam kalangan bangsa Melayu dan juga kepimpinan UMNO. Peribahasa dapat dikategorikan kepada tiga: (i) peribahasa ke arah perubahan sikap positif, (ii) peribahasa berkaitan sikap negatif Melayu, dan (iii) peribahasa sebagai motivasi diri.

Kata kunci: ucapan Najib Razak, sikap Orang Melayu, nasihat, teguran, ingatan.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.