Bentuk Budaya Asing dalam Majalah dan Komik Remaja di Pasaran Tempatan

Roosfa Hashim

Abstract


Majalah dan komik adalah dua media kesukaan remaja. Bahkan, majalah dan komik remaja adalah pecahan besar dalam pasaran majalah dan komik di negara ini, berbanding majalah wanita dan hiburan. Makalah ini ditulis dengan tujuan mengenai pasti bentuk-bentuk pengaruh budaya asing dalam majalah dan komik remaja dalam negara ini. Kajian dilakukan dengan membuat analisis kandungan ke atas beberapa majalah dan komik dalam pasaran. Kajian menjurus pada bentuk bahasa, nilai, gaya dan amalan hidup asing yang terbit dalam majalah dan komik remaja. Analisis juga tertumpu pada bentuk rencana yang dipaparkan, dialog yang digunakan, bahasa dan pemilihan kata, watak, imej, isyarat serta simbol-simbol yang dipaparkan. Kajian ini mendapati terdapat kebanyakan majalah dan komik remaja di negara ini menyirat pelbagai bentuk unsur asing.

Kata kunci: Cara hidup, bahasa, nilai, imej, simbol asing.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.