Dilema Basa Yawi di Selatan Thai: Antara Kesetiaan Bahasa dan Cabaran Semasa

Ahmad Fathy al-Fatani

Abstract


Makalah ini berusaha memberi gambaran mendalam tentang kedudukan dan penggunaan bahasa di Selatan Thailand. Isu-isu yang akan ditinjau meliputi sejarah dan peranan bahasa Melayu (disebut Basa Yawi) dalam membentuk identiti, budaya dan peradaban dalam kalangan masyarakat peribumi di wilayah tersebut dan cabaran dalam menghadapi dasar pendidikan negara Thailand yang menekankan penggunaan bahasa Thai, misalnya, sebagai bahasa Thai sebagai wahana untuk mencapai peraduan negara berkenaan. Mengikut sejarah, pada asalnya Selatan Thailand, meliputi Patani, Yala, Narathiwat dan Satun adalah di bawah kedaulatan Kesultanan Melayu (Kesultanan Patani dan Kedah). Hal ini dengan sendirinya menjelaskan majoriti masyarakat di wilayah tersebut terdiri daripada orang Melayu. Wilayah tersebut berada di bawah Thailand pada masa agak baru—hanya selepas Perjanjian Bangkok 1909 antara Siam dengan British. Berasaskan fakta ini, adalah lazim berlaku dalam kalangan masyarakat minoriti dalam keadaan seperti itu berusaha mempertahan dan mengukuh sejarah, budaya, adat dan bangsa sebagai wahana kelangsungan hidup identiti mereka. Makalah ini meninjau delima ini dan berusaha menjelaskan cara-cara yang saksama mengenai isu-isu ini.

Kata kunci: Basa Yawi, cabaran, kerajaan Thailand, identiti, kelangsungan hidup.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.