Hegemoni Ilmu dan Masa Hadapan Bahasa Melayu

Zulkifley Hamid, Mohd. Asyraf Zulkifley

Abstract


Makalah ini membahaskan peri pentingnya pembinaan tamadun ilmu dalam proses membina sebuah negara bangsa, iaitu membina negara Malaysia yang berdaulat yang ditunjangi dengan pembinaan tamadun ilmu. Pembinaan tamadun ilmu terserlah melalui penulisan dan penerbitan bahan ilmiah, khususnya penerbitan dalam bentuk buku dan jurnal. Turut disentuh dalam makalah ini adalah tentang peranan dan kepentingan para penerbit dan editor sebagai pemain utama dalam penerbitan karya ilmiah. Fokus khusus diberikan kepada peranan Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai penerbit gergasi milik kerajaan dalam usaha memperbanyakkan karya ilmiah berbahasa Melayu. Faktor-faktor yang menyebabkan Dewan Bahasa dan Pustaka gagal melaksanakan peranannya sebagai badan penerbitan ilmiah turut dibincangkan, termasuklah kesukaran mendapatkan manuskrip ilmiah yang bermutu untuk diterbitkan. Perbincangan seterusnya ditumpukan kepada permasalahan yang berkaitan hegemoni Barat dalam mendominasi penerbitan karya-karya ilmiah. Makalah ini cuba menjelaskan mengapa Barat mahu mengekalkan hegemoni dalam penerbitan karya-karya ilmiah, dan strategi yang mereka telah dan bakal gunakan untuk mengekalkan fenomena hegemoni ini. Turut disentuh adalah sikap negara bukan Barat, dan strategi yang mereka gunakan dalam usaha memecahkan tembok hegemoni ini. Makalah ini turut menjelaskan mengapa hegemoni bahasa Inggeris sukan dicabar, dan turut dibincangkan peranan bahasa Melayu dalam memecahkan tembok hegemoni ilmu ini.

Kata kunci: penerbitan karya ilmiah, hegemoni bahasa Inggeris, Dewan Bahasa dan Pustaka, tembok ilmu, hegemoni ilmu.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.