Perkahwinan Adat Rembau, Negeri Sembilan, dalam Penulisan C.W.C Parr dan W.H. Mackray

Mat Noor Mat Zain, Che Maryam Ahmad, Zuliza Mohd. Kusrin

Abstract


Daerah Rembau di Negeri Sembilan mengamalkan Adat Pepatih dalam perkahwinan. Walau bagaimanapun, sesetengah amalan dalam Adat Pepatih dianggap bertentangan dengan hukum syarak. Kertas kerja ini membincangkan beberapa amalan dalam Adat Pepatih di Daerah Rembau,Negeri Sembilan seperti mana yang diulas oleh C.W.C. Parr dan W.H. Mackray dalam penulisannya bertajuk Marriage in Negeri Sembilan: A Note on the Conflict between the Rule of Custom and Those of Islam. Terdapat lima perkara yang diulas dalam penulisan tersebut sebagai amalan Adat Pepatih yang memerlukan penjelasan hukum syarak, iaitu berkenaan perwalian, perempuan-perempuan yang haram dipinang, mas kahwin, pemilikan harta dalam perkahwinan dan poligami. Perbincangan juga menyatakan pendapat Parr dan Mackray dalam amalan perkara-perkara tersebut dalam Adat Pepatih menurut perspektif Islam. Perbincangan mendapati bahawa pendapat Parrdan Mackray lebih menekankan aspek Adat, manakala perbincangan tentang hukum syarak terlalu sedikit dan ringkas serta sebahagiannya tidak bertepatan dengan hukum syarak. Hal ini tidak menghairankan kerana mereka bukannya pakar dalam syariat Islam.

Kata kunci: Adat Pepatih, perkahwinan, Hukum Syarak, Islam, amalan.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.