HIKAYAT MELAYU @ SEJARAH MELAYU “LONG VERSION” VERSI TENGKU SAID: SATU KAJIAN TEKS SASTERA SEJARAH
Abstract
Teks Hikayat Melayu adalah teks sastera sejarah yang lahir pada abad ke-19. Teks Hikayat Melayu versi Tengku Said dalam kajian ini juga dikenali sebagai Sejarah Melayu versi Panjang atau Long Version. Objektif utama kajian adalah untuk melihat hukum kepengarangan Melayu abad ke-19. Sastera sebagai produk sosial bermakna karya boleh difahami dari sudut perspektif sosiologikal. Kajian ini bertitik tolak daripada persoalan yang dikemukakan oleh Ken Plummer (1997) dalam bukunya Studying Culture: An Introductory Reader. Di antara persoalan yang disesuaikan dalam kajian ini adalah “the nature of stories” iaitu melihat tema Hikayat Melayu dan signifikannya, ia menjurus kepada jenis tema dan tujuan tema tersebut ditulis oleh penulis. Persoalan kedua ialah “the making of stories” yang disesuaikan sebagai kajian teks dan lapangan sosio budaya, yang melihat mengapa Hikayat Melayu itu dikarang, bagaimana cerita tersebut boleh membentuk masyarakat dan adakah Hikayat Melayu cuba mengesahkan kekuatan rajanya atau cuba mengukuhkan institusi raja atau menentang institusi raja. Rumusan di akhirnya ialah, walaupun Hikayat Melayu lahir pada abad ke-19 namun teks ini masih mengesahkan kehadirannya dengan merujuk kepada sumber tradisi Sejarah Melayu atau Kanon dan masih lagi berada dalam lingkungan teks sastera sejarah.
Kata kunci: sastera sejarah; Hikayat Melayu; Sejarah Melayu; kanon; budaya
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.