JURANG DIGITAL DALAM CERITA JENAKA INTERNET: SATU PERBINCANGAN FOLKLOR URBAN
Abstract
Esei ini membicarakan jurang digital dalam cerita jenaka internet. Jurang digital adalah perbezaan pengetahuan komputer dalam kalangan masyarakat masa kini ekoran perubahan cara hidup yang mementingkan teknologi informasi. Senario ini menjadi bahan jenaka dalam cerita-cerita jenaka yang tersebar di internet khususnya dalam blog dan laman sosial seperti Facebook, Twitter, Friendster dan Myspace. Dalam konteks folklor, cerita-cerita jenaka ini dianggap sebagai suatu bentuk folklor urban (urban folklore). Dalam cerita jenaka internet, jurang digital ini mewujudkan kumpulan yang memiliki tahap sedar komputer yang berbeza antara orang bodoh (buta IT) dan orang pintar (celik IT). Sifat-sifat kebodohan yang berkisar tentang pertentangan dan perbezaan jurang digital inilah yang menimbulkan kelucuan sehingga mewujudkan aksi bodoh yang jahil, bodoh mengaku pandai dan pertentangan antara pandai dan bodoh.
Kata kunci: jurang digital; cerita jenaka; folklor; folklor bandaran; internet
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.