BUDAYA MEWAKAF MERIAM PADA INSTITUSI MASJID DALAM MASYARAKAT MELAYU SEBELUM ABAD KE-20

HASANUDDIN YUSOF, ZULISKANDAR RAMLI

Abstract


ABSTRAK

Beberapa buah masjid lama di Alam Melayu terutama di Semenanjung Malaysia terdapat meriam lama yang diletakkan di halaman masjid. Oleh itu, satu kajian telah dilakukan ke atas dua pucuk meriam yang terletak di halaman Masjid Lama Kampung Hulu, Melaka. Kajian dilakukan secara kualitatif dengan membuat pemerhatian ke atas inskripsi Arab yang tertera pada meriam tersebut. Hasil daripada kajian mendapati bahawa meriam tersebut telah diwakafkan oleh satu tokoh yang berjawatan Penjaga Perbendaharaan kepada Masjid Kampung Hulu. Dengan itu, catatan tersebut dapat membuktikan bahawa sebelum abad ke-20, amalan mewakafkan meriam pada institusi masjid menjadi satu budaya dan tradisi dalam kalangan umat Islam di Alam Melayu. Wakaf meriam diamalkan disebabkan kepentingan meriam sebagai salah satu alat komunikasi yang penting seperti untuk menyampaikan pengumuman kedatangan bulan Ramadan, pengumuman masuknya waktu berbuka dan waktu imsak serta pengumuman tentang kedatangan Hari Raya. Namun amalan ini telah luput seiring dengan hilangnya kepentingan penggunaan meriam sebagai alat komunikasi bagi institusi masjid di Alam Melayu.

Kata kunci: budaya; komunikasi; masjid; Melayu; meriam; wakaf


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.