NILAI-NILAI MURNI DALAM CERITA RAKYAT DI KOTA BHARU, KELANTAN

MOHD FIRDAUS CHE YAACOB

Abstract


Cerita rakyat membawa maksud cerita yang dihasilkan secara kreatif oleh masyarakat Melayu zaman dahulu. Cerita rakyat disebarkan melalui kaedah pertuturan menggunakan mulut ke mulut bagi tujuan hiburan dan pendidikan kepada masyarakat. Kaedah penyampaian tersebut merupakan komunikasi dua hala di antara penglipur lara dengan masyarakat setempat. Maka dengan itu, kajian ini membincangkan kepentingan cerita rakyat kepada masyarakat melalui amalan nilai-nilai murni. Kajian ini berpaksikan objektif untuk mengenal pasti dan menganalisis nilai-nilai murni yang terkandung dalam cerita rakyat di Kota Bharu, Kelantan. Selain itu, metod kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif yang melibatkan kaedah kepustakaan lapangan berbentuk temubual dan analisis teks. Di samping itu, penganalisisan kajian ini mengaplikasikan prinsip hubungan khalayak dengan karya dengan cerita rakyat di Kota Bharu, Kelantan terhadap nilai-nilai murni yang dikenal pasti. Akhir sekali, dapatan kajian mendapati komunikasi dua hala yang digunakan terbukti dapat menjelaskan perhubungan di antara cerita rakyat dengan masyarakat melalui nilai-nilai murni.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.