TAHAP PENGUASAAN KOSA KATA BAHASA MELAYU OLEH MURID-MURID ORANG ASLI SEMAI

KARIM HARUN, MOHAMAD HAKIMI MOHAMMAD HAIDZIR, MASLIDA YUSOF

Abstract


Penguasaan bahasa Melayu penting bagi murid-murid Orang Asli Semai kerana bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan dan juga bahasa pengantar pendidikan. Tahap penguasaan bahasa Melayu yang rendah akan menyebabkan mereka ketinggalan dalam pendidikan. Kertas kerja ini membincangkan tahap penguasaan kosa kata bahasa Melayu oleh murid-murid Orang Asli Semai di Tapah, Perak. Dalam kajian ini, pengkaji ini menggunakan kaedah kualitatif dengan memanfaatkan teknik temubual dan pemerhatian. Subjek kajian ini terdiri daripada murid-murid  tabika yang berusia lima dan enam tahun. Data yang diperoleh akan dianalisis menggunakan tatabahasa Melayu. Dapatan kajian menunjukkan murid-murid Orang Asli Semai yang berusia lima dan enam tahun sudah menguasai sebahagian kosa kata bahasa Melayu yang terdiri daripada kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas. Namun, murid-murid Orang Asli Semai hanya menggunakan kosa kata yang meliputi tubuh badan, persekitaran, makanan, minuman dan keluarga. Hal ini menunjukkan mereka masih berada pada tahap lemah dalam penguasaan bahasa Melayu. Oleh itu, kajian ini penting dan dapat dimanfaatkan oleh semua pihak sama ada guru, ibu bapa, murid, mahupun pengkaji bagi menambh baik tahap penguasaan kosa kata bahasa Melayu murid-murid Orang Asli Semai.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.