KELANGSUNGAN PENERBITAN MAJALAH BERBAHASA MELAYU DI MALAYSIA-INDONESIA: KAJIAN TERHADAP MASSA DAN TEMPO

SHAHRUL NAZMI SANNUSI, HAMEDI MOHD ADNAN

Abstract


Industri penerbitan majalah berbahasa Melayu di Malaysia dan Indonesia berkembang pesat terutamanya selepas kedua-dua negara mencapai kemerdekaan pada 1957 dan juga 1945. Kemunculan isu-isu berkaitan kepentingan negara dan masyarakat ketika itu telah membangkitkan kesedaran tentang keperluan mengadakan bahan bacaan tambahan yang bersifat analitikal dan mendalam. Maka kemunculan majalah Massa dan Tempo di kedua-dua buah negara ini amat dinanti-nantikan. Pun begitu, disebabkan cabaran yang muncul berkaitan ekonomi dan media baharu, industri penerbitan majalah turut sama menerima kesan tempiasnya. Maka, kertas ini akan membincangkan tentang kelangsungan penerbitan “majalah ulasan berita” berbahasa Melayu di kedua-dua buah negara iaitu Massa dan juga Tempo, serta cabaran dan potensi yang berbangkit dalam situasi yang tidak menentu. Kaedah analisis dokumen digunakan terhadap kedua-dua majalah tersebut bagi mendapatkan data untuk kajian ini. Hasil kajian menunjukkan faktor utama kelangsungan majalah ini adalah strategi pemasaran, kekuatan editorial serta penggunaan media baharu dapat membantu penerbit berhadapan dengan situasi pasaran yang mencabar. Justeru, pihak penerbit perlu sentiasa memahami keadaan semasa pembaca bagi memastikan mereka dapat bertahan untuk jangkamasa panjang.

Kata kunci:penerbitan majalah; editorial; edaran; periklanan; Massa;Tempo


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.