INVENTORI FONEM VARIAN MELANAU KANOWIT SARAWAK

NORFAZILA AB. HAMID

Abstract


Makalah ini membincangkan salah satu varian Melanau (VM) yang terdapat di Sarawak iaitu varian Melanau Kanowit (KNWT). Objektif kajian dalam makalah ini ialah menilai dan  menyusun semula aspek-aspek fonologi yang masih belum mendapat penjelasan terhadap beberapa kajian tentang KNWT terutamanya dalam menentukan jumlah inventori fonem. Justeru, kajian ini bertujuan menyentuh aspek fonetik dan fonolog dengan cara mendeskripsikan sistem fonologi KNWT dengan memaparkan penyebaran bunyi vokal, diftong, konsonan dan melihat keberadaan alternasi dalam VM KNWT ini. Pendekatan yang dimanfaatkan dalam mencapai objektif kajian ini ialah pendekatan struktural. Hasil kajian membuktikan bahawa KNWT mempunyai 7 fonem vokal iaitu /i, u, e, o, , , a/ dan memiliki tujuh diftong iaitu /-aw, -aj, -ej, -w, -uj, -eo dan -iw/. Sehubungan itu, hasil kajian turut memperlihat adanya 3 vokal rangkap dalam varian ini yang terdiri daripada urutan dua vokal sahaja. Seterusnya, VM KNWT mempunyai 20 fonem konsonan; tujuh buah konsonan letupan /p, b, t, d, k, g, /, satu konsonan letusan /d/, tiga konsonan geseran / s, , h/, empat konsonan nasal /m, n, , / dua konsonan getaran /r, /, satu konsonan sisian /l/ dan dua konsonan separuh vokal /w, j/. Seterusnya, berkaitan dengan rangkap konsonan (gugus konsonan) VM KNWT memiliki gugus konsonan bukan homorganik nasal yang hadir pada posisi tengah kata dan membentuk konstruksi seperti berikut; /-ts- dan -p-/. Penemuan ini menegaskan betapa pentingnya memelihara variasi fonetik tersebut untuk mengekalkan kepelbagaian linguistik dan warisan bahasa dalam komuniti Melanau di Kanowit, Sarawak.

Kata kunci: Fonem; fonologi; Melanau Kanowit; penyebaran vokal; struktural


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.