PRINSIP MAQASID SYARIAH DALAM MENDEPANI ERA KECERDASAN BUATAN: PERSPEKTIF BUDAYA MELAYU
Abstract
Era kecerdasan buatan (AI) membawa cabaran baharu kepada tamadun manusia, khususnya dalam aspek etika, budaya, dan kemanusiaan. Artikel ini meneroka prinsip Maqasid Syariah dalam mendepani cabaran era AI, dengan tumpuan kepada perspektif Pengajian Melayu yang mengangkat kebudayaan Melayu sebagai teras wacananya. Minda Maqasid, yang berteraskan pemeliharaan lima elemen utama iaitu agama, nyawa, akal, keturunan, dan harta berperanan sebagai kerangka normatif yang dapat membimbing pembangunan teknologi dan aplikasi AI. Artikel ini menganalisis bagaimana nilai-nilai Maqasid Syariah boleh diintegrasikan dengan keunikan budaya Melayu, seperti adat, kearifan tempatan, dan falsafah hidup, bagi memastikan penerimaan dan penggunaan AI selaras dengan nilai-nilai kemanusiaan dan kelestarian budaya. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui dapatan dan perbincangan konseptual daripada kajian-kajian yang lalu. Hasil kajian menunjukkan bahawa pemikiran Maqasid bukan sahaja relevan dalam membina dasar etika teknologi tetapi juga mampu menjadi panduan untuk mengekalkan identiti budaya dan kedaulatan nilai tempatan dalam era globalisasi. Penemuan ini menegaskan pentingnya sintesis antara falsafah tradisional dan inovasi teknologi sebagai asas pembinaan masyarakat yang seimbang dan inklusif.
Kata kunci: Minda Maqasid; Kecerdasan Buatan (AI); Budaya Melayu; Kelestarian Budaya; Etika Teknologi.
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.