NILAI-NILAI LUHUR DALAM CERITA JENAKA MASYARAKAT MELAYU: SATU PENELITIAN KEMASYARAKATAN
Abstract
Cerita jenaka merupakan satu medium yang digunakan oleh masyarakat Melayu bagi menyampaikan nasihat dalam bentuk hiburan. Masyarakat Melayu lampau berupaya untuk menegur kesilapan anggota masyarakatnya tanpa perlu mengaibkan mereka. Masyarakat pada zaman dahulu sangat berhati-hati dalam berkata-kata agar tidak menyinggung mana-mana pihak. Walau bagaimanapun, cerita jenaka kini kurang disampaikan kepada masyarakat tempatan kerana dianggap sekadar hiburan masa lampau yang tidak seiring dengan peredaran masa. Masyarakat kini lebih terdedah dengan penggunaan teknogi berbanding meluangkan masa untuk membaca buku. Mereka tidak memiliki masa untuk membaca atau menghayati penulisan sastera lama terutama cerita jenaka. Hal ini kerana mereka menganggap cerita jenaka hanya sekadar untuk menghiburkan tanpa ada manfaat yang berpanjangan. Oleh itu, kajian ini dilakukan bagi mengenal pasti dan menganalisis nilai luhur yang terkandung dalam cerita jenaka masyarakat Melayu. Bahan yang diteliti dalam kajian ini ialah sebuah teks yang bertajuk Terlajak Sengal? Pak Kaduk Vs Pak Pandir karya Ishak Hamzah (2016). Kajian ini membataskan dua cerita jenaka yang bertajuk Pak Pandir dan Pak Kaduk. Kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif, iaitu berdasarkan kaedah kepustakaan dan analisis teks. Kajian ini turut menggunakan teori pengkaedahan Melayu iaitu menerusi pendekatan kemasyarakatan sebagai deduktif kajian. Hasilnya, kajian ini mendapati bahawa cerita jenaka masyarakat Melayu mampu mendidik nilai luhur kepada kanak-kanak dan remaja. Kajian ini dilihat mampu memartabatkan cerita jenaka sebagai alat perantaraan untuk mendidik sahsiah kanak-kanak dan remaja.
Kata kunci: cerita jenaka; masyarakat; Melayu; pendekatan kemasyarakatan; nilai luhu
Kata kunci: cerita jenaka; masyarakat; Melayu; pendekatan kemasyarakatan; nilai luhu
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.