SIMBOLISME UPACARA ADAT PESTA KAUL MASYARAKAT MELANAU DI MUKAH, SARAWAK
Abstract
Makalah ini menfokuskan tentang simbolik dalam upacara adat Pesta Kaul. Pesta ini merupakan warisan penting bagi masyarakat Melanau di Mukah, Sarawak. Upacara ini menandakan bermula upacara pesta Kaul dengan melaksanakan penyerahan Serahang Kakan. Serahang merupakan sebuah ‘kepala hantaran’ yang dipersiapkan dan dihantar kepada makhluk ghaib yang dikenali sebagai ipok yang menjaga laut agar masyarakat Melanau memperoleh tangkapan yang memuaskan dan selamat semasa berada di laut serta menghindari pelbagai wabak dan penyakit. Objektif kajian adalah untuk menjelaskan simbolik upacara adat Pesta Kaul dalam masyarakat Melanau. Pendekatan kualitatif digunapakai dalam memperoleh data yang diperlukan. Kajian ini dijalankan di Mukah dalam tempoh lima hari. Pendekatan etnografi yang digunapakai terdiri daripada kajian lapangan dan kajian kepustakaan. Kajian lapangan dilakukan untuk mendapat data melalui pemerhatian, ikut serta dan temu bual. Kaedah pemerhatian dan ikut serta digunakan untuk memastikan data yang di kumpul adalah sesuai dengan kajian. Kaedah temu bual menggunakan teknik temu bual separa struktur dengan menemu bual beberapa pengamal adat dan orang tua yang mempunyai autoriti dalam masyarakat Melanau. Kajian sekunder melibatkan kaedah kepustakaan seperti jurnal, buku dan bahan bercetak adalah untuk menyokong kajian ini. Data primer dan sekunder perlu menjalani proses penyaringan dengan menggunakan teknik analisis tematik dan bacaan teliti untuk memperoleh data-data yang tepat dan bersesuaian dengan kajian. Hasil dapatan menunjukkan kepercayaan masyarakat Melanau terhadap simbolik upacara adat Pesta Kaul mempengaruhi keselamatan dan kesejahteraan kehidupan harian mereka. Hal ini juga untuk membuka pemikiran masyarakat Melanau untuk memelihara warisan budaya dalam zaman moden. Sumbangan kajian ini diharapkan dapat memberi pengetahuan kepada generasi muda masyarakat Melanau mengenai simbolik dalam upacara Kaul Serahang Kakan. Di samping itu, kajian ini dapat memartabatkan adat, budaya dan jati diri masyarakat Melanau.
Kata kunci: budaya; Melanau; Pesta Kaul; serahang kakan; simbolik
Kata kunci: budaya; Melanau; Pesta Kaul; serahang kakan; simbolik
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.