PERALATAN DAN SAJIAN DALAM UPACARA GAWAI SANDAU ARI MASYARAKAT IBAN DI DAERAH PAKAN, SARIKEI, SARAWAK
Abstract
Gawai Sandau Ari merupakan sebuah perayaan yang disambut oleh masyarakat Iban dengan penuh adat dan masih kekal sehingga kini. Amalan ini merupakan sebuah upacara penting dan unik dalam tradisi masyarakat Iban di Daerah Pakan, Sarikei, Sarawak. Gawai Sandau Ari cenderung bersifat lebih individual atau kekeluargaan. Gawai Sandau Ari merupakan amalan yang melibatkan ritual penting yang dikenali sebagai ritual miring. Ritual miring merupakan sebuah ritual persembahan dan komunikasi dengan alam spiritual. Objektif penulisan ini adalah untuk menjelaskan peralatan dan sajian yang digunakan dalam upacara Gawai Sandau Ari. Penulisan ini menggunakan teknik kualitatif. Kaedah kajian lapangan dan temu bual separa struktur dilakukan bersama tokoh adat dan yang ahli dalam perayaan Hari Gawai. Sampel bertujuan digunakan dan informen yang dipilih terdiri daripada orang tua yang mahir dengan upacara ini. Seterusnya kaedah kepustakaan digunakan bagi menyokong data primer yang diperolehi secara lapangan. Data yang diperolehi disaring dan seterusnya dianalisis menggunakan kaedah analisis tematik. Hanya data-data yang penting sahaja digunakan dalam penulisan ini. Kajian ini menggunakan konsep ritual yang dipopularkan oleh Victor Turner (1966). Hasil kajian menunjukkan bahawa peralatan yang digunakan semasa upacara Gawai Sandau Ari terdiri daripada antu pala, capan, tiang kuyang, pua kumbu, babi, ayam dan piring sajian yang berperanan penting dalam menjayakan upacara tersebut. Peralatan-peralatan ini bukan sekadar bersifat fungsional, tetapi mempunyai nilai simbolik dan spiritual yang tinggi. Dapatan ini menunjukkan bahawa warisan budaya tidak ketara seperti peralatan ritual memerlukan usaha pendokumentasian dan pemuliharaan yang berterusan agar tidak pupus ditelan arus pemodenan. Implikasi kajian ini dapat memperkukuh warisan budaya Iban, memelihara identiti, menggalakkan pelancongan budaya, pendidikan, dan ekonomi komuniti.
Kata kunci: daerah Pakan, Gawai Sandau Ari, masyarakat Iban, ritual miring, spiritual
Kata kunci: daerah Pakan, Gawai Sandau Ari, masyarakat Iban, ritual miring, spiritual
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.