TELE DRAMA KHUNSA (2024) DARI PERSPEKTIF ISLAM
Abstract
Tele drama Khunsa (2024) adalah drama bersiri Melayu pertama yang memaparkan watak khunsa sebagai protagonisnya. Tele drama ini mengemukakan permasalahan individu Khunsa dalam menjalani kehidupannya dalam sebuah masyarakat Melayu Islam. Sehubungan itu, makalah ini bertujuan mengkaji aspek akidah yang ingin disampaikan dalam drama Khunsa (2024) berdasarkan perspektif Islam. Makalah ini dihasilkan daripada kajian berbentuk penyelidikan asas dengan kaedah analisis kandungan sebagai alat kajian utama bagi mengumpul data. Sumber seperti buku, jurnal, majalah dan akhbar merupakan sumber sokongan bagi memperolehi data makalah ini. Kerangka analisis kajian ini disandarkan kepada perspektif Islam berteraskan Al-Quran dan as-Sunnah. Dapatan kajian ini adalah, tele drama ini sarat dengan mesej dakwah sepanjang fasa perkembangan watak protagonis, iaitu dari zaman kanak-kanak, remaja dan dewasa. Mesej dakwah dalam tele drama ini menfokuskan kepada aspek akidah iaitu keyakinan yang teguh terhadap kewujudan dan kekuasaan Allah, dan kepercayaan terhadap Qada’ dan Qadar. Berdasarkan aspek keyakinan teguh terhadap kewujudan dan kekuasaan Allah, terdapat sebanyak tiga pecahan fasa yang memperlihatkan aspek berkenaan. Keseluruhan tele drama ini memaparkan beberapa watak yang secara jelas memperlihatkan kepercayaan teguh terhadap kewujudan dan kekuasaan Allah seperti watak Che Khun, Che Timah, Mak Long Hawa serta Wan Jusoh.
Kata Kunci: drama TV, kritikan filem, Khunsa, perspektif Islam, Shahrulezad Mohameddin
Kata Kunci: drama TV, kritikan filem, Khunsa, perspektif Islam, Shahrulezad Mohameddin
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.