TRANSFORMASI PETANI DI KEDAH MELALUI LENSA NOVEL BERALIH SEBUAH PIAMA OLEH OSMAN AYOB: SATU TINJAUAN SOSIOEKONOMI DAN SEJARAH AGRARIA
Abstract
Novel Beralih Sebuah Piama (2024) karya Osman Ayob akan dianalisis sebagai naratif sastera yang mendokumentasikan perubahan struktur sosioekonomi petani di Kedah susulan perkembangan pesat industri penanaman padi. Kajian ini memberi tumpuan kepada (1) mengenal pasti dasar kerajaan yang merombak bentuk perhubungan antara manusia, tanah dan teknologi dan (2) menganalisis transformasi kehidupan petani tradisional dalam menghadapi gelombang pembangunan agraria. Pendekatan interdisiplin yang menggabungkan kaedah analisis teks sastera melalui kerangka teori sejarah sosial digunakan bagi menghubungkan peristiwa naratif dalam novel dengan latar sejarah sebenar, khususnya era pasca penubuhan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dan perlaksanaan Dasar Pertanian Negara. Analisis mendapati bahawa novel ini bukan sahaja merakam kerencaman emosi dan identiti petani dalam zaman peralihan, malah memperlihatkan konflik generasi, keterasingan budaya tradisional serta cabaran modenisasi dalam konteks luar bandar. Justeru, novel Beralih Sebuah Piama memperkukuh fungsi sastera sebagai wadah alternatif yang memberi wacana tandingan terhadap naratif pembangunan negara secara rasmi. Kajian ini menyarankan agar karya sastera kontemporari diberi ruang yang lebih besar dalam perbincangan sejarah agraria Malaysia bagi membina pemahaman holistik terhadap dinamika pertanian.
Kata kunci: sastera pembangunan; petani; transformasi agraria; novel Melayu; kontemporari
Kata kunci: sastera pembangunan; petani; transformasi agraria; novel Melayu; kontemporari
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.