PENDOKUMENTASIAN BAHASA PERIBUMI MELALUI TRADISI BERMUKUN DI SARAWAK
Abstract
Tradisi bermukun merupakan salah satu aktiviti kesenian yang menjadi warisan budaya bagi masyarakat di Sarawak. Aktiviti kesenian ini merangkumi tiga elemen utama, iaitu bergendang, bertandak, dan berbalas pantun dalam bentuk nyanyian secara spontan. Kajian ini hanya memfokuskan aktiviti berbalas pantun yang disampaikan dalam bahasa peribumi masyarakat Melayu Sarawak. Kajian ini membangunkan satu medium pendokumentasian melalui pemprofilan yang lengkap untuk memelihara hasil khazanah pantun Melayu Sarawak yang dipersembahkan dalam aktiviti bermukun. Pantun-pantun ini perlu disimpan dalam bentuk ‘jangka hayat’ yang lama, sebagai salah satu usaha mempertahan warisan kesenian yang menjadi khazanah masyarakat Melayu Sarawak. Kajian ini ialah kajian lapangan yang melibatkan pemerhatian, rakaman, temu bual berstruktur, dan pensampelan secara rawak secara berstruktur yang dilakukan di Kampung Petanak, Sungai Alo dan Kampung Tellian, Sarawak. Kajian mendapati usaha pendokumentasian warisan bahasa khususnya, sebagai sebahagian daripada budaya dan masyarakat tempatan Sarawak perlu dilakukan secara komprehensif bagi mengelak khazanah yang amat berharga ini pupus. Melalui kajian ini, usaha penyelidikan dan pengumpulan koleksi pantun dalam tradisi bermukun dapat dimanfaatkan kepada generasi berikutnya. Secara tidak langsung, kajian ini dapat melestarikan bahasa peribumi masyarakat Melayu Sarawak. Pelan tindakan perlu dirangka bagi memastikan usaha ke arah melestarikan khazanah bahasa peribumi melalui tradisi bermukun di Sarawak dapat dicapai, termasuk mendokumentasi agar pemikiran masyarakat Melayu setempat dapat diterjemahkan dan dikongsikan bersama.
Kata kunci: tradisi bermukun; berbalas pantun; bahasa peribumi; pendokumentasian bahasa peribumi; masyarakat Melayu Sarawak
Kata kunci: tradisi bermukun; berbalas pantun; bahasa peribumi; pendokumentasian bahasa peribumi; masyarakat Melayu Sarawak
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.