SIKAP BAHASA MELAYU MURID-MURID DI SEKOLAH MENENGAH DALAM PROGRAM DWIBAHASA
Abstract
Program Dwibahasa (DLP) dilaksanakan di 300 buah sekolah rintis bermula pada tahun 2016. Objektif program ini adalah untuk memberi peluang kepada murid-murid untuk meningkatkan akses dan penerokaan pelbagai ilmu untuk bersaing di peringkat global serta meningkatkan kebolehpasaran murid di alam pekerjaan Dalam program ini bahasa pengantar dalam pengajaran mata pelajaran Sains dan Matemaik di dalam kelas ialah bahasa Inggeris. Penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik menjadikan bahasa Melayu kian terpinggir. Sikap terhadap bahasa Melayu juga semakin menurun terutama dalam kalangan bangsa bukan Melayu. Kejayaan Program DLP berkait rapat dengan sikap dan penerimaan murid terhadap program ini. Sikap merupakan unsur yang penting dalam mencorakkan perlakuan pembelajaran dan memberi kesan kepada pencapaian akademik. Justeru kajian ini bertujuan untuk membincangkan sikap bahasa dalam kalangan murid Nyatakan objektif kajian terlebih dahulu pada permulaan perenggan sekolah yang mengikuti Program DLP terhadap bahasa Melayu. Kajian ini dilakukan dengan menggunakan instrumen soal selidik. Responden kajian ini terdiri daripada 202 orang responden daripada 4 buah sekolah rintis di daerah Johor Bahru yang mengikuti Program DLP. Data yang diperoleh daripada soal selidik akan dianalisis menggunakan Statistical Package For Social Science Version 23 (SPSS Version 23). Dalam kajian yang dijalankan ini, sikap Bahasa Melayu murid sekolah menengah. Program Dwibahasa dianalisis dan diteliti melalui aspek kesetiaan bahasa, kebanggaan bahasa dan kesedaran norma bahasa. Hasil kajian mendapati dalam proses PdP Sains dan Matematik sikap bahasa murid terhadap bahasa Melayu masih lagi positif.
Kata kunci: program dwibahasa; penggunaan bahasa; bahasa Melayu; bahasa Inggeris; pengajaran dan pembelajaran
Kata kunci: program dwibahasa; penggunaan bahasa; bahasa Melayu; bahasa Inggeris; pengajaran dan pembelajaran
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.