KAJIAN KES TENTANG BAHASA KERINCI DIALEK SEMERAP DI HULU LANGAT, SELANGOR
Abstract
Makalah ini bertujuan untuk menjelaskan penggunaan dialek Semerap dalam bahasa Kerinci dalam kalangan masyarakat yang menetap di Hulu Langat, Selangor, Malaysia. Penelitian ini berbentuk kajian kes dan menggunakan pendekatan kualitatif bagi tujuan penganalisisan data. Data kajian diperoleh melalui dokumen dan hasil temu bual bersama responden. Instrumen yang digunakan dalam penyelidikan ini merangkumi buku catatan dan alat perakam. Hasil kajian mendapati bahawa masyarakat Kerinci dialek Semerap di Malaysia, khususnya di daerah Hulu Langat, Selangor menggunakan bahasa Kerinci Semerap yang berbeza dengan bahasa Kerinci dialek Semerap yang dituturkan di Sumatera, Indonesia disebabkan faktor migrasi dan asimilasi bahasa yang berlaku terhadap penuturnya. Kajian ini juga telah dapat mengetengahkan pelbagai kosa kata bahasa Kerinci dialek Semerap daripada tiga golongan kata, iaitu kata nama, kata kerja dan kata adjektif. Dari segi implikasi, penyelidikan ini berusaha memberikan pendedahan kepada khalayak tentang kepelbagaian bahasa sukuan yang wujud di Malaysia seperti bahasa Kerinci dialek Semerap yang dituturkan di Hulu Langat, Selangor, Malaysia.
Kata kunci: bahasa Kerinci; dialek Semerap; Hulu Langat; Malaysia; Indonesia
Kata kunci: bahasa Kerinci; dialek Semerap; Hulu Langat; Malaysia; Indonesia
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.