PENGARUH ISLAM DALAM UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN KEDAH
Abstract
Undang-undang Tubuh Kerajaan Kedah digubal menjelang pertengahan abad ke-20M, setelah sekian lama British menjajah Tanah Melayu. Undang-undang ini digubal agak lama selepas penggubalan Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1895. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis dan menilai teks Undang-undang Tubuh Kerajaan Kedah dan pengaruh Islam ke atas undang-undang tersebut. Kepentingan kajian adalah untuk meneliti sejauh manakah unsur Islam diterapkan dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Kedah walaupun ia digubal semasa era penjajahan British di Tanah Melayu. Metode yang digunakan adalah analisis kandungan, melalui pendekatan komparatif. Kajian mendapati bahawa kandungan Undang-undang Tubuh Kerajaan Kedah menerima pengaruh Islam yang kuat walaupun bentuk persembahan dan susunan adalah menurut gaya British atau Barat.
Kata kunci: Undang-tubuh Tubuh Kerajaan Kedah; sejarah Kedah; perundangan Islam di alam Melayu; sistem politik Islam; perlembagaan negeri
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.