Dapatan Awal Perlaksanaan Pedagogi Kreatif dalam Kursus CITRA Terpilih di Universiti Kebangsaan Malaysia

JAMSARI ALIAS, MOHAMAD MOHSIN MOHAMAD SAID, SYAIDATUN NAZIRAH ABU ZAHRIN

Abstract


Hari ini, inovasi dan kreativiti adalah antara tema-tema penting bukan sahaja dalam bidang perniagaan bahkan juga dalam bidang pendidikan. Keperluan untuk memupuk kreativiti dan inovasi telah menjadi keutamaan dalam bidang pendidikan, politik dan perniagaan. Langkah-langkah perlaksanaan pedagogi kreatif dalam kalangan pelajar CITRA Universiti Kebangsaan Malaysia berkait dengan kepercayaan bahawa kreativiti boleh dipupuk, kefahaman mengenai kreativiti perlu ditingkatkan, dan keperluan untuk membuat refleksi dalam amalan pengajaran dan pembelajaran. Justeru, objektif kajian ini adalah mengenalpasti persepsi pelajar sama ada pengajaran pensyarah merangsang kreativiti mereka; dan mengenalpasti kaedah pengajaran dalam dewan kuliah yang membantu memupuk kreativiti pelajar. Sampel terdiri daripada 94 pelajar universiti dari pelbagai peringkat dan bidang pengkhususan melalui tiga kursus Citra yang terpilih khas untuk kajian ini. Data dikumpul melalui soal selidik dengan 37 item dan empat konstruk: Insentif kepada idea-idea baru, Iklim untuk Pengajaran Idea, Kaedah Penilaian dan Pengajaran dan Minat terhadap  pembelajaran pelajar. Data telah dianalisis melalui SPSS. Reka bentuk kajian yang digunakan adalah berbentuk quasi eskperimental dalam tempoh satu semester. Hasil kajian mendapati kaedah persembahan tajuk/topik dan perbincangan dalam kumpulan merupakan kaedah pengajaran dan pembelajaran terbaik yang dapat meningkatkan daya kreativiti dalam kalangan pelajar. Selain itu, dapatan kajian ini menunjukkan perbezaan yang sangat sedikit di antara amalan pengajaran dan pembelajaran kreativiti sebelum dan selepas intervensi dilakukan. Perbezaan yang sedikit ini  menunjukkan pelbagai usaha harus dilakukan bagi meningkatkan kebolehan para pensyarah untuk mengajar kreativiti merentas kurikulum pada semester yang akan datang.


Keywords


Kreativiti; intervensi; skala; pengajaran dan pembelajaran

Full Text:

PDF

References


__________. (2018). The concept oflove for knowledge and excellent Muslim in transforming human capital: an analysis on gender differences (Konsep cinta kepada ilmu pengetahuan dan transformasi kecemerlangan modal insan muslim: Analisis dari aspek perbezaan gender). Jurnal Pendidikan Malaysia (Malaysian Journal of Education), 43(1), 51-57.

Alencar, E. M. L. S., Fleith, D. S. & Pereira, N. (2016). Creativity in higher education:

challenges and facilitating factors. Trends in Psychologu/Temas em Psicologia. Jun 2017, Vol. 25, no. 2, 553-561.

Alencar, E. M. L. S.(2014). Theory and Practice of Creativity Measurement. Bethany Johsen. London: Prufrock Press.

Alencar, E. M. L. S., & Fleith, D. S. (2014). Inventory of teaching practices for creativity in

higher education. In E. M. L. S. Alencar, M. F. BrunoFaria, & D. S. Fleith (Eds.), Theory and practice of creativity measurement (pp. 51-64). Waco, TX: Prufrock Press.

Alencar, E. M. L. S., & Fleith, D. S. (2004). Creativity in university courses: Perceptions of professors and students. Gifted and Talented International, 19(1), 24-28.

Beghetto, R. A., & Kaufman, J. C. (Eds.). (2010). Nurturing Creativity In The Classroom. New York: Cambridge University Press.

Crafts, A., Cremin, T., Hay, P., & Clack, J. (2014). Creative primary schools: Developing and maintaining pedagogy for creativity. Ethnography and Education, 9(1), 16-34.

Farah Adlina Mokter. (2019). Keberkesanan pembelajaran berasaskan masalah terhadap pencapaian dan kemahiran berfikir aras tinggi pelajar dalam penulisan karangan Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 9(3), 33-46.

Floyd, C. B. (2019). Developing creativity in the classroom: learning and innovation for 21st-century schools. Kettler, T., Lamb, K., & Mullet, D. (2018). Roeper Review. 41(2), 147-148, doi https://doi.org/10.1080/02783193.2019.1585221

Kaufman, J.C. & Sternberg, R.J. (2010). The Cambridge handbook of creativity. New York: Cambridge University Press.

Kettler, T., Lamb, K. N., Willerson, A., & Mullet, D. R. (2018). Teachers’ perceptions of creativity in the classroom. Creativity Research Journal, 30(2), 164-171.

Lee Saw Im. (2019). Inisiatif cakna pembentukan watak dan kreativiti murid melalui pengalaman ko-kurikulum stem robotik. Seminar Antarabangsa Isu-Isu Pendidikan (ISPEN 2019). Auditorium Dr. Zainuddin Jaafar, KUIS

Mohammad Rusdi Ab Majid & Zawawi Ismail. (2017). Kreativiti pengajaran guru Bahasa Arab di Malaysia. JuPiDi: Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 4(4), 27-38.

_________. (2019). Creative thinking skills for a 21st century Muslim educational system. MALIM: Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara 19(2018): 85-97. https://doi.org/10.17576/malim-2018-1901-07

McCluskey, K. W. (2013). Thoughts About Tone, Educational Leadership, And Building Creative Climates In Our Schools (2nd ed.). Ulm, Germany: ICIE.

Murdock, M. C., & Keller-Mathers, S. (2008). Teaching and learning creatively with the torrance incubation model: a research and practice update. The international journal of creativity & problem solving, 18(2), 11-33.

Raja Abdullah Raja Ismail & Daud Ismail. (2018). Aplikasi ‘Konsep 4c’Pembelajaran Abad Ke-21 Dalam Kalangan Guru Pelatih Pengajian Agama Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’Razali Ismail. Asian People Journal (APJ), 1(1), 45-65.

Rofidah Musa, Muhamad Firdaus Ramli, Zainuddin Abindinhazir & Norkhaizatul Erma Mohd Khairuddin. (2019). Eksplorasi lakaran bertema kenderaan serta kesan terhadap kreativiti kanak-kanak. Kupas Seni: Jurnal Seni Dan Pendidikan Seni, 7, 72-80.

Siti Rohani Jasni, Suhaila Zailani @ Ahmad & Hakim Zainal. (2020). Impak pendekatan kreatif dalam pengajaran dan pembelajaran kosa kata Arab. BITARA International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences 3(1): 010-021.

Skiba, T., Tan, M., Sternberg, R. J., & Grigorenko, E. L. (2010). Roads not taken, new roads to take: Looking for creativity in the classroom. In R. A. Beghetto & J. C. Kaufman (Eds.), Nurturing creativity in the classroom (p. 252–269). Cambridge University Press.

Sternberg, R. J. (2005). The theory of successful intelligence. Interamerican Journal of Psychology. 39(2), 189-202.

Torrance, E. P., & Safter, H. T. (1990). The incubation model of teaching: Getting beyond the aha!. Bearly Limited.

Talib, N., Yassin, S. F. M., & Nasir, M. K. M. (2016). Mengkaji pentaksiran pengaturcaraan komputer berdasarkan penyelesaian masalah kreatif menggunakan pendekatan “grounded theory”. Journal of Advanced Research in Social and Behavioural Sciences, 5(1), 25-38.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.

....................................................................................................................................................................................................


Creative Commons License

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License

© Malaysian Journal of Education | Jurnal Pendidikan Malaysia
ISSN 2180-0782 | eISSN: 2600-8823