Pembelajaran Teradun Sebelum Pandemik dan Pembelajaran dalam Talian Semasa Pandemik: Satu Perspektif Jangka Panjang

MOHAMMAD NUR AZHAR MAZLAN, FITRI SURAYA MOHAMAD HAPNI JOBLIE

Abstract


Penilaian portal E-Pembelajaran adalah penting bagi membolehkan penyampaian aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam talian bagi satu-satu kursus dapat dilaksanakan dengan baik dan berkesan. Penilaian kepada portal E-Pembelajaran bukan hanya dilakukan sekali sahaja, malahan ianya hendaklah diadakan secara berterusan. Kajian tinjauan ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi pelajar berkaitan penggunaan portal E-Pembelajaran sebelum dan semasa pandemik COVID-19. Kajian ini dilakukan di salah sebuah universiti awam di Malaysia dan melibatkan penyertaan pelajar dari dua kohort yang berlainan pada tahun 2016 (n = 805) dan tahun 2020 (n = 1027). Antara aspek penilaian yang diberikan perhatian adalah pembelajaran teradun dan pembelajaran dalam talian sepenuhnya, pengurusan pembelajaran kendiri pelajar, prestasi pembelajaran pelajar, kualiti bahan pembelajaran, kualiti komunikasi, dan tahap minat pelajar ketika menggunakan portal E-Pembelajaran. Hasil kajian mendapati majoriti pelajar dari kedua-dua kohort telah memberikan maklum balas positif kepada penggunaan portal E-Pembelajaran dalam mendokong aktiviti pembelajaran sedia ada. Dalam pada itu, hasil kajian juga turut memperlihatkan bahawa kedua-dua kohort pelajar lebih mengutamakan pembelajaran bersemuka berbanding pembelajaran dalam talian, sebelum dan semasa pandemik. Kajian akan datang disarankan untuk melihat keberkesanan penggunaan portal E-Pembelajaran secara menyeluruh, termasuklah dari persepktif tenaga pengajar, pentadbir, dan agensi sokongan kepada aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Keywords


Kata kunci: COVID-19 Pandemik, E-Pembelajaran, Pembelajaran Dalam Talian, Pembelajaran Bersemuka

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.

....................................................................................................................................................................................................


Creative Commons License

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License

© Malaysian Journal of Education | Jurnal Pendidikan Malaysia
ISSN 2180-0782 | eISSN: 2600-8823