Matlamat Pendidikan Sekolah Agama Rakyat (SAR) di Kelantan dan Kedah dalam mengekalkan Identiti Kurikulum Utama

NOR AZLILI HASSAN, MOHD SYUJA SAEDIN, NORAZILAH BUHARI, NIK NORAZIRA ABDUL AZIZ, AZIZI UMAR

Abstract


Sekolah Agama Rakyat (SAR) menggunakan Kurikulum Diniah sebagai identiti kurikulum utama yang mengutamakan keseimbangan kepada penguasaan ilmu agama Islam bercorak Turath dan pembangunan sahsiah. Hal ini telah memberi kepercayaan masyarakat terhadap kelangsungan SAR melalui pertambahan jumlah sekolah dan jumlah murid pada setiap tahun. Namun, masih wujud kekangan yang dihadapi oleh SAR dari segi identiti kurikulum utama. SAR telah mula kehilangan kurikulum Diniah yang menjadi identiti penting sejak zaman-berzaman. Kurikulum mata pelajaran pendidikan Islam dalam Kurikulum Kebangsaan dilihat berbeza dengan kurikulum mata pelajaran SAR. Selain mengalami perubahan isi kandungan, bahasa Arab juga didapati tidak lagi dijadikan sebagai bahasa pengantar di sekolah agama. Mekanisme pelaksanaan dalam peruntukan masa dan pengkategorian mata pelajaran turut diabaikan. Justeru, kajian ini dijalankan untuk menjelaskan matlamat pendidikan SAR di Kelantan dan Kedah dalam mengekalkan identiti kurikulum utama. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif secara analisis bertema yang melibatkan temu bual dengan enam orang informan daripada dua kumpulan sasaran. Dapatan kajian menunjukkan bahawa SAR di Kelantan dan Kedah berjaya mengekalkan identiti kurikulum utama mereka melalui komitmen yang kuat terhadap pendidikan agama dan sokongan padu dari komuniti. Pendidikan SAR mampu menghasilkan pelajar yang memahami dan menguasai ilmu agama Islam secara mendalam, memberikan keseimbangan akademik dan sahsiah Islam, menyediakan kemahiran dan menyumbang khidmat kepada masyarakat dan negara.

Keywords


Matlamat pendidikan, Sekolah Agama Rakyat, kurikulum, identiti kurikulum utama

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.

....................................................................................................................................................................................................


Creative Commons License

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License

© Malaysian Journal of Education | Jurnal Pendidikan Malaysia
ISSN 2180-0782 | eISSN: 2600-8823