Impak Program Fit, Eat, Active, Training (F.E.A.T) Terhadap Status Pemakanan dan Aktiviti Fizikal dalam Kalangan Dewasa Berlebihan Berat Badan (Impact of the Fit, Eat, Active, Training (F.E.A.T) Program on Nutritional Status and Physical Activity among Overweight Adult)

Wirdah Mohamed

Abstract


Intervensi perubahan tingkah laku bagi penurunan berat badan didapati efektif dalam jangka masa yang pendek, namun keberkesanannya dalam jangka masa panjang masih menjadi persoalan. Objektif kajian ini adalah untuk menilai keberkesanan program F.E.A.T iaitu intervensi perubahan tingkah laku pemakanan sihat dan aktiviti fizikal bagi penurunan berat badan selama 36 minggu. Kajian quasi-ekperimental dalam kalangan dewasa berlebihan berat badan ini dijalankan di Melaka. Seramai 53 subjek (min umur 47.4±7.2 tahun) telah berjaya melengkapkan program yang dijalankan dalam tiga peringkat. Pada peringkat pertama (T1: minggu 1-12), kumpulan intervensi (n=28) telah mengikuti aktiviti program F.E.A.T, manakala kumpulan kawalan (n=25) tidak menerima intervensi tersebut. Peringkat kedua (T2: minggu 13-24), aktiviti diteruskan dan dipantau oleh kumpulan sokongan rakan sebaya. Kemampanan aktiviti pula diukur pada peringkat ketiga (T3: minggu 25-36). Keberkesanan program diukur berdasarkan perubahan pada pengambilan makanan, skor aktiviti fizikal, berat badan, indeks jisim tubuh (IJT), ukur lilit pinggang (ULP) dan peratus lemak tubuh pada T0 (pra-intervensi), T1, T2 dan T3. Semua parameter menunjukkan kesan interaksi (masa*kumpulan) yang signifikan kecuali bagi pengambilan tenaga. Kumpulan intervensi menunjukkan penurunan yang signifikan dari T0 hingga T3 bagi pengambilan tenaga (-14.3%), berat badan (-4.3%), IJT (-4.2%), ULP (-10.5%) dan peratus lemak tubuh (-3.6%). Manakala tahap aktiviti fizikal meningkat sebanyak 109.6% bagi kumpulan intervensi. Tiada perbezaan yang signifikan bagi semua parameter tersebut dalam kumpulan kawalan. Hasil kajian menunjukkan keberkesanan program F.E.A.T terhadap perubahan status pemakanan dan aktviti fizikal yang efektif bagi tempoh 36 minggu intervensi.
Kata kunci: Intervensi; perubahan tingkah laku; obesiti

DOI : http://dx.doi.org/10.17576/JSKM-2020-1801-09


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Please contact the Chief Editor for any inquiries about the journal. For any technical difficulties please contact our technical support.

 

eISSN : 2289-4535

ISSN : 1675-8161