Kemurungan dan Lain-lain Komorbiditi Penyakit dalam Kalangan Wanita yang Terlibat dalam Aktiviti Pelacuran di Kuala Lumpur

Rose Fazilah, Rusdi Abd Rashid, Haris Abd. Wahab, Zahari Ishak

Abstract


Manuskrip ini bertujuan untuk memeriksa kemurungan dan hubungan kemurungan dengan lain-lain komorbiditi penyakit dalam kalangan wanita yang terlibat dalam aktiviti pelacuran di Kuala Lumpur. Seramai 126 orang wanita
yang terlibat dalam aktiviti pelacuran telah ditemu-bual secara bersemuka dengan menggunakan borang soal selidik. Alat Ujian Diagnostik Temu Bual M.I.N.I Neuro-psikiatri 6.0 Versi Bahasa Malaysia digunakan untuk mengukur
kemurungan. Manakala lain-lain komorbiditi penyakit diukur berdasarkan status penyakit berjangkit seperti Penyakit Menular Seksual, Hepatitis, HIV dan AIDS. Hasil kajian dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS versi 21. Ujian
deskriptif digunakan untuk menentukan status kemurungan. Ujian Khi Kuasa Dua digunakan untuk mengenal pasti perkaitan di antara status lain-lain komorbiditi penyakit berjangkit dengan kemurungan. Hasil analisis ujian deskriptif mendapati seramai 92 orang dari 126 orang wanita yang ditemu-bual telah melaporkan adanya simptom gangguan kemurungan. Hasil analis ujian Khi Kuasa Dua (p=0.05) mendapati status penyakit berjangkit khususnya Hepatitis C mempunyai perkaitan yang signifikan dengan kewujudan kemurungan dalam kalangan wanita yang terlibat dalam aktiviti pelacuran di Kuala Lumpur. Penemuan kajian menggambarkan wanita yang terlibat dalam aktiviti pelacuran
dan turut menghidapi penyakit Hepatitis C didapati lebih cenderung untuk melaporkan gangguan kemurungan. Justeru, program pendidikan dan rawatan kesihatan mental yang mengkhususkan kepada wanita yang terlibat dalam aktiviti pelacuran perlu diintegrasikan secara bersepadu dalam program-program pencegahan penyakit berjangkit.


Keywords


(Depression; Female Sex Workers (FSWs); Other Comorbidities Diseases; Kuala Lumpur)

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Please contact the Chief Editor for any inquiries about the journal. For any technical difficulties please contact our technical support.

 

eISSN : 2289-4535

ISSN : 1675-8161