Keterangan Melalui Kitābah: Menurut Fiqh dan Undang-Undang Semasa di Malaysia
Abstract
Kitābah atau dokumen sebagai kaedah pembuktian amat banyak diperbincangkan dalam undang-undang sivil dan diamalkan secara yang meluas di Mahkamah-Mahkamah Sivil. Namun konsep serta pemakaian kitābah di Mahkamah Syariah tidak banyak diperbincangkan secara terperinci dalam undang-undang syariah sungguhpun kitābah dinyatakan secara jelas di dalam al-Qur’an dan Sunnah sebagai kaedah pembuktian. Artikel ini cuba untuk merungkaikan konsep dan skop kitābah dari segi syarak dan perbandingannya dengan undang-undang di Malaysia. Segala bahan, maklumat dan data dalam artikel ini diperoleh dari pemerhatian serta temu bual-temu bual yang dilaksanakan ke atas pengamal undang-undang di Mahkamah Sivil dan Syariah di Malaysia. Maklumat juga turut diperolehi dari buku-buku dan artikel-artikel perundangan di dalam dan luar negara. Hasilnya, faktor kemudahan dan keadaan semasa telah memainkan peranan yang penting terhadap konsep dan pemakaian kitābah itu sendiri.
Keywords
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.