Prosedur Pendakwaan Jenayah Syariah: Analisis ke atas Peruntukan Undang-undang di bawah Akta Prosedur Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 dan Akta Keterangan Mahkamah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997

Ahmad ‘Azam Mohd Shariff

Abstract


Prosedur pendakwaan adalah suatu aspek yang tidak dapat dipisahkan serta amat penting dalam mana-mana sistem keadilan jenayah samada sivil mahupun syariah. Di Malaysia, apabila sesuatu kesalahan jenayah syariah dilaporkan, pegawai penguatkuasa agama di bawah Bahagian Siasatan Jabatan Agama Islam negeri akan memulakan siasatan
untuk mengumpul bukti dan keterangan. Sekiranya siasatan tersebut berjaya mengumpul keterangan yang kukuh, maka fail siasatan tersebut akan diserahkan pula kepada pegawai pendakwa syarie di Bahagian Pendakwaan Jabatan Agama Islam negeri. Ini bagi membolehkan suspek tersebut didakwa mengikut prosedur-prosedur yang telah digubal. Kesemua prosedur pendakwaan jenayah syariah yang telah dikanunkan ini, sebagaimana terkandung hari ini dalam enakmen-enakmen prosedur jenayah negeri-negeri, adalah berasaskan kepada prinsip pendakwaan jenayah syariah yang telah diistinbatkan oleh para ulama’ Islam sebelum ini. Penulisan ini akan mengupas peruntukan undang-undang
berkaitan prosedur pendakwaan di bawah Akta Prosedur Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) dan Akta Keterangan Mahkamah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997. Ianya juga akan mengenal pasti adakah wujud sebarang lakuna dalam peruntukan undang-undang terbabit.

Keywords


prosedur; pendakwaan jenayah syariah; lakuna; keterangan

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.