Ketidakadilan Perjanjian Kewangan IMF: Kesan Ke Atas Negara-Negara Anggota OIC

Salawati Mat Basir

Abstract


Dengan hampir kesemua negara-negara anggota OIC merupakan negara berpendapatan rendah atau negara berpendapatan sederhana, masalah kewangan terus menjadi satu halangan yang serius terhadap segala usaha-usaha pembangunan dan perkembangan ekonomi. Sebagai jalan penyelesainnya, negara-negara anggota OIC meminta bantuan kewangan daripada Tabung Kewangan Dunia (IMF). IMF, dengan kerjasama Bank Dunia, menyediakan bantuan kewangan kepada negara-negara yang memerlukan tetapi mengenakan ideologi ekonomi bercorak neoliberal atau meletakkan agenda tertentu sebagai syarat asas penerimaan wang bantuan tersebut. Kajian ini bertujuan membuktikan impak negatif syarat-syarat asas ini ke atas negara-negara anggota OIC melalui program penyesuaian struktural. Kedua, kajian ini membincangkan program penghapusan hutang oleh IMF dan implikasinya terhadap negara-negara anggota OIC terutamanya yang berstatus miskin serta berat beban hutang (HIPCs). Ketiga, kajian ini meninjau bagaimana IMF mengarahkan negara-negara OIC untuk menyandarkan matawang mereka ke atas dolar Amerika dan ini memudahkan aktiviti-aktiviti spekulasi matawang dilakukan. Akhirnya, penulisan ini mendedahkan bagaimana ketidakadilan perjanjian kewangan IMF ini tidak menguntungkan negara-negara anggota OIC dan umat Islam di serata dunia serta mengapa tindakan drastik harus diambil oleh OIC bagi menangani situasi ini.

Keywords


law: economy; international

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.