Misrepresentation Act 1967 (United Kingdom) Sebagai Model Undang-undang Salah Nyata di Malaysia
Abstract
Perundangan salah nyata dalam kontrak di Malaysia dikawal oleh seksyen 18 Akta Kontrak 1950. Walau bagaimanapun, disebabkan Akta ini telah lama digubal dan tidak dibuat pindaan, maka terdapat beberapa kelemahan yang perlu diberi perhatian. Dalam usaha untuk membuat penambahbaikan terhadap perundangan tersebut, maka Misrepresentation Act 1967 yang merupakan akta yang mengawal perbuatan salah nyata dalam kontrak di United Kingdom dilihat sesuai untuk dijadikan sebagai rujukan. Akta ini mengandungi enam seksyen yang merangkumi peruntukan remedi salah nyata serta pengecualian liabiliti salah nyata dalam kontrak. Sebelum tercetusnya Misrepresentation Act 1967, perbuatan salah nyata dalam kontrak di United Kingdom dikawal oleh common law dan ekuiti. Penggubalan Misrepresentation Act 1967 memperlihatkan kemajuan dalam sistem perundangan di United Kingdom dalam menangani perbuatan salah nyata dalam kontrak dan boleh dijadikan model bagi pindaan undang-undang salah nyata di Malaysia. Dengan mengguna pakai metode analisis kandungan melalui pendekatan perbandingan, artikel ini bertujuan melihat perkembangan Mispresentation Act 1967 serta signifikan perubahan akta tersebut di United Kingdom. Kajian mendapati penggubalan Misrepresentation Act 1967 menampakkan penyusunan semula undang-undang salah nyata dalam kontrak di United Kingdom yang lebih berstruktur dan sistematis, khususnya dalam aspek remedi dan pengecualian liabiliti salah nyata.
Keywords
salah nyata; kontrak; Misrepresentation Act 1967; United Kingdom
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.