Prinsip-prinsip Kelestarian yang Diguna Pakai dalam Perundangan Berkaitan Pengurusan Sisa Nuklear

Syahmi @ Muhammad Syahmi Jaafar

Abstract


Aspirasi dari kelestarian diangkat dalam Konvensyen Bersama berkaitan Pengurusan sisa Radioaktif dan Bahan api Terpakai (The Joint Convention on the Safety of Spent Fuel Management and on the Safety of Radioactive Waste Management). Konvensyen dalam mukadimahnya telah memperaku dan menyatakan kesanggupan negara yang menjadi anggota Konvensyen mengenai peri penting pengurusan sisa radioaktif secara selamat dan lestari yang menjadi asas kepada pelaksanaan Konvensyen. Kelestarian ini memberi dimensi dalam mendasari beberapa prinsip yang berkait dengan pengurusan sisa nuklear bagi menjamin pengurusan sisa nuklear yang mampan di sesebuah negara. Kupasan akan dilakukan berkaitan beberapa prinsip berasaskan kelestarian seperti Prinsip Keadilan Antara Generasi (Intergenerational Justice), Prinsip Kebebasan Pengawal Selia (Effective Independence), Prinsip Pencemar Bayar (The Polluters Pay Principle), Konsultasi Masyarakat (Public Consultation) dan Tadbir Urus Yang Baik (Good Governance). Justeru, artikel ini ditulis untuk menyelidiki Prinsip-prinsip yang terpilih ini yang merupakan sebahagian prinsip yang relevan dengan pengurusan sisa nuklear yang diamalkan di peringkat antarabangsa. Penulisan artikel ini mempunyai objektif untuk membincangkan prinsip-prinsip kelestarian yang diguna pakai dalam perundangan berkaitan pengurusan sisa nuklear di peringkat antarabangsa. Artikel ini juga telah mempunyai objektif untuk meninjau sejauh mana konvensyen antarabangsa menyediakan kerangka perundangan dan garis panduan yang dapat dijadikan rujukan perundangan dalam pengurusan sisa nuklear yang mengangkat prinsip-prinsip kelestarian ini. Adalah diharapkan agar artikel ini dapat memberi sedikit gambaran berkaitan prinsip kelestarian yang relevan dengan pengurusan sisa nuklear di peringkat antarabangsa.

Keywords


Kelestarian; sisa nuklear; tadbir urus; kawal selia; undang-undang nuklear

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.