Kecuaian dan Pengabaian Kanak-kanak oleh Ibu Bapa: Kedudukannya di bawah Akta Kanak-kanak 2001 dan Prinsip Syariah

Mohammad Ramzi Zakaria

Abstract


Peningkatan jenayah kecuaian dan pengabaian kanak-kanak sejak akhir-akhir ini kelihatan membimbangkan. Pihak yang bertanggungjawab, terutamanya ibu bapa, kelihatan seperti kurang peduli serta kurang berhati-hati dalam mengendalikan urusan berkaitan anak-anak mereka. Pelbagai bentuk kecuaian dan pengabaian berlaku setiap hari. Ini disebabkan oleh pelbagai faktor yang akhirnya telah memberikan impak negatif kepada kanak-kanak. Dalam menjaga dan melindungi kebajikan kanak-kanak ini, kerajaan telah mengambil inisiatif menggubal satu rang undang-undang yang kini dikenali sebagai Akta Kanak-kanak 2001. Penulisan ini menganalisis peruntukan di bawah akta tersebut serta prinsip-prinsip syariah. Ianya turut mengenal pasti keperluan mendakwa pesalah di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Islam Negeri.

Keywords


Kecuaian; pengabaian; Akta Kanak-kanak 2001; prinsip syariah; Enakmen Kesalahan Jenayah Islam

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.