Kaedah Timbang Tara dalam Pertikaian Kewangan Islam

Nur Khalidah Dahlan

Abstract


Sektor kewangan Islam di Malaysia memperlihatkan perkembangan dan pertumbuhan yang pesat sejak beberapa dekad yang lepas. Oleh itu, kewujudan undang-undang dan mekanisme penyelesaian dalam kaedah timbang tara dilihat boleh memberikan penyelesaian terhadap permasalahan berkaitan dengan produk kewangan Islam. Pelaksanaan kaedah timbang tara menekankan tempoh proses penyelesaian pertikaian yang singkat iaitu dalam tempoh masa tiga bulan. Proses penyelesaian pertikaian yang adil, telus dan mengikut persetujuan bersama antara pihak-pihak yang terlibat. Tiada kos dikenakan oleh mahkamah terhadap permohonan pihak-pihak yang terlibat berhubung dengan apa-apa prosiding sepanjang tatacara timbang tara ini dilaksanakan. Akhir sekali, kaedah ini yang khususnya kepada kaedah penyelesaian pertikaian dalam Islam, boleh digunakan oleh pelbagai kaum dan agama tanpa prejudis bagi menyelesaikan kes-kes berkaitan kewangan Islam.

Keywords


Kaedah timbang tara; kewangan Islam; penyelesaian pertikaian alternatif

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.