Mampukah Perintah Berkurung Membanteras Jenayah dalam Kalangan Remaja di Malaysia?

Muhamad Sayuti bin Hassan @ Yahya, Rozana Abdullah

Abstract


Kejadian jenayah dalam kalangan masyarakat sangat membimbangkan. Menurut statistik jenayah oleh Kementerian Dalam Negeri, jumlah jenayah yang direkodkan berdasarkan kertas siasatan yang dibuka ialah 657,174 sepanjang tahun 2012 hingga tahun 2016. Pada 17 Januari 2019, kerajaan berhasrat untuk mengkaji pelaksanaan perintah berkurung kepada remaja bawah umur 18 tahun bagi membendung kegiatan jenayah dalam kalangan remaja pada waktu malam. Sehubungan dengan itu, objektif utama artikel ini adalah untuk menganalisis isu perintah berkurung terhadap remaja yang berusia kurang daripada 18 tahun menurut perspektif undang-undang. Pada masa yang sama, artikel ini juga akan menerangkan kedudukan perlakuan jenayah yang melibatkan remaja dengan memfokuskan kepada jenayah penyalahgunaan dadah. Di samping itu, artikel ini turut meninjau amalan beberapa buah negara luar berhubung dengan undang-undang yang berkaitan dengan perintah berkurung kepada remaja. Artikel ini mendapati bahawa terdapat kelompangan undang-undang berhubung dengan perintah berkurung kepada remaja bawah 18 tahun
di Malaysia. Oleh hal yang demikian, pelbagai pertimbangan dan kajian lebih terperinci perlu dibuat sekiranya kerajaan serius untuk melaksanakan perintah berkurung kepada remaja bawah 18 tahun. Cadangan pewujudan undang-undang berhubung dengan perintah berkurung ini haruslah bersifat holistik tanpa melanggar peruntukan perlembagaan persekutuan dan prinsip hak asasi manusia. Oleh itu, hasrat
murni kerajaan untuk membanteras jenayah dalam kalangan remaja wajar disokong dan pada masa yang sama aspek cadangan pelaksanaan perintah berkurung terhadap remaja bawah 18 tahun juga perlu diteliti sedalam-dalamnya.

Keywords


Remaja bawah umur, jenayah, perintah berkurung, remaja, undang-undang

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.